Wednesday, December 29, 2010

wallawey!

assalamualaikum..hype!

hari ni memang terbaik la. sangat hepi bila Malaysia berjaya meruntuhkan EGO (bukan skuter ego ye..hehe) pasukan indonesia yg konon nya nak ulang balik menang 5-1 tk lama dulu. ek eleh~ dey! tgk skrg spe yg gelak besar, spe yg nangis besar?? haa? haaa?! hahaha..

nak dijadikan cerita. sebelum bola start, saya bersama kawan2 saya pergi ke menonton wayang bersama2.. cter apa? kitorg tgk cerita 'GULLIVER'S TRAVEL'. haha, bole tahan seronok la citer ni. santai pun santai..kelakar pun kelakar..mengarut pun mengarut gak. smua ada la,bak kata org all in one gitu~ hehe

dah puas merendek , baru la kami gerak ke destinasi terunggul untuk tgk bola. smpai2 je kedai makan tu (namanya tom yam harry) haaha, mat saleh punya kedai agaknye..ahh, persetan kan semua itu. haha, sambung balik cerita. sampai je, org dah macam sardin dari dalam smpai ke luar kedai. nasib baek mata aku tajam, dpt detect satu meja kosong. ahaks~

kat kedai makan tu dah macam stadium pun ada gak.. ramai yg bwk bendera malaysia kibar2..waah, terasa bangga lak ada org mcm ni..perlawanan da start, referee tiup wisel. kami semua tonton dgn penuh khusyuk dan tawadduk serta penuh pengharapan. skip punya skip, GOOOLLL!!!!! malaysia gool! tempat du dah jd haru biru smua excited gler. haha. akhirnya , malaysia menang jugak walau pun kalah 2-1.uhuhu. tp second gol tu pun just defend malaysia tertanduk gawang sendiri je kot. apa nk dibanggakan haa..haha yg penting malaysia JUARA!!

p/s : pekerja indon semua mogok tknk kerja esok..hhahahaha ^~^

Thursday, December 23, 2010

hahaha 3

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

p/s : jgn memandai dok sorok dlm peti ais, tk pasal2...

hahaha 2

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

hahaha!

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

p/s : asal org bwk motor laju je org ckp mat rempit..tk semua mat rempit tu mat rempit. phm? ;p

jom nyanyi!

mahkota - cinta terlarang

tak pernah ku bayangkan semua ini terjadi
ketika cinta ini ditentang mereka
hancurnya hati ini mengingat semua
cinta yang selama ini aku banggakan

aku harus bersabar
ketika mereka tak mengerti
dengan cinta ini

ternyata kisah cinta tak selalu indah
kini harus kualami kepedihan ini

aku harus bersabar
ketika mereka tak mengerti
dengan cinta ini

maafkanlah diriku
mungkin kita harus mengakhiri
kisah cinta ini

p/s : spe ada ps3, jom maen! ;p

Monday, December 20, 2010

penampar satu!

assalamualaikum...hype!

pernah rasa penampor? penyepak? pelempang? haha, sama je ye dok..bg yg pernah tu, apa benda la korg buat smpai tangan hinggap kat pipi korg tu..haha, post ni bukan pasal keburukan penampar..tp kebaikan penampar,hahaha. penampar pun ada kebaikan ye dok.. luang kan masa terluang anda untuk membaca ye~


Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya. 

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
Pemuda: Pak Imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya’Allah.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan. Pertama, kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
Kedua, apakah yang dinamakan Takdir dan ketiga, kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat. Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa Pak Imam marah kepada saya?
Pak Imam: Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.
Pemuda: Saya amat tidak faham…??
Pak Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih…!!
Pak Imam: Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda : Ya….!
Pak Imam: Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda: Tak boleh Pak Imam…!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak….!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak….!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak Imam : Dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini dibuat?
Pemuda : Kulit dan daging…!!!
Pak Imam: Terbuat dari apakah pipi awak itu…?
Pemuda: Kulit dan daging….!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit dan pedih….!!!?
Pak Imam : Itulah…! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan…. walaupun sama unsur asalnya…!!
Pemuda: Allahuakbar!

ambik ko..pelempang satu di pipi. tu la, laen kali jgn bongkak sgt dgn ilmu yg kita ada..sbb ada ilmu yg  mmg kita tak boleh lawan..suatu hari kita pasti jatuh punye..konfom!  renung2 kan~ ^~^

Friday, December 17, 2010

ish ish ish

selalunya
kita marah bila kawan tegur kita
tapi kita tak sedar
dia tegur sebab dia sayang kita

selalunya
kita buat dek bila kawan bagi nasihat
tapi kita tak sedar
dia nasihat sebab dia taknak kita terpesong

selalunya
kita rimas bila kawan ambil berat
tapi kita tak sedar
dia buat macam tu sebab dia betul-betul ambil tahu pasal kita

selalunya
kita rasa nak tumbuk bila kawan bising sangat
tapi kita tak sedar
dia bising sebab dia taknak kita rasa bosan dengan dia

selalunya
kita bengang bila kawan tipu kita
tapi kita tak sedar
dia pun rasa sangat bersalah bila terpaksa tipu kita

selalunya
bila kita dah hilang kawan macam tu
mulalah kita terkial-kial nak menyesal
kenapalah kita tak sedar dari dulu eh??

p/s : dah dapat pandai2 la menyimpannye,ahaks..peace! ^~^

lawak solat jumaat

Suatu hari pada waktu solat Jumaat di sebuah masjid yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah. Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dengan pakaian serba hitam. Tidak nampak apa, cuma kelihatan dua biji mata dan membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik, “Sesiapa yang sanggup mati kerana Allah sila berdiri di tempat kamu.”

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 itu tadi hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam.

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata, “Ok Pak Imam, saya dah halau semua yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat.” Lalu kedua orang lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.
 Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? Selain terhibur anda fikirkanlah.

LAWAKKAN, dari 1,000 orang yang mengaku dirinya Islam hanya 40 yangg betul-betul beriman.
LAWAKKAN, berapa banyak manusia yang mudah lupakan Allah apabila menghadapi bahaya. Kedua orang lelaki itu hanya membawa mesin gun, dia tidak kata pun hendak membunuh. Tapi generasi sekarang, amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang, lupa yang dia tidak menunaikan solat Jumaat lagi.
LAWAKKAN, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja, itu pun apabila waktu solat Jumaat. Tunjuk muka pada orang kampung. Ada yang lebih dashyat lagi, setahun 2 kali sahaja apabila waktu solat sunat raya.
LAWAKKAN, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran. LAWAKKAN, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia.
LAWAKKAN, kita boleh bersembang dengan pasangan kekasih kita berjam-jam lamanya tapi hendak berdoa kepada Allah alahai tidak cukup masa dibuatnya. Dan LEBIH LAWAK LAGI, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat hendak berkongsi atau menghantar artikel-artikel yang berunsur agama, LAWAKKAN?



p/s : lebih lawak bila seseorang itu baca dah insaf, tp utk sekejap je..moga jadi pengajaran utk kita semua ye dok.. ^~^

Thursday, December 16, 2010

i will never forget, i will never regret

Assalamua'laikum..hype!

hari ni kita emosi sikit,haa knpe? sbb apa yg diceritakan ni semua pasal life ak selama setahun setengah yakni selama 3 semester aku kat uitm penang. huhu, sempena ke-blah-an aku dari uitm penang ni, bnyk jugak kenangan manis, pahit, masin, payau, masam-masam manis pun ada. hahaha.

semester 1
time ni aku baru masuk mendaftar pada 27 jun 2009. esoknye bezday aku,hahaha.. pandai betul uitm pilih tarikh ni. no bilik keramat aku masa ni ialah A2.12, yeargh, bilik yg strategik, seblah tandas jek..kalo ada emergency cepat sampai sikit,hahahaa..masa ni aku seroomate dengan yap dan nazri dgn sorg brader ni. nama dia nazri jugak kot. tp macam biskut, kejap ada pastu lama menghilang. haish~  utk kelas lak, aku masuk ED1J2, mula-mula memang kekokiok sikit, aku bnyk ambil pendekatan berdiam diri sehingga digelar loner,ahaks! hahaha..dah lama sikit baru la rasa selesa, dah boleh borak2, kutuk2, carut2..hahaha.

semester 2
masuk sem ni, ramai kawan2 aku dah duduk rumah sewa.. aku lak masih tggal kolej, time ni memang agak bosan la, sbb tk dpt hangout dgn kengkawan..boleh bikin stress beb! haha. tp aku bnyk kali gak la lepak umah sewa kawan aku. at least dpt hilang kan boring ye dok..hoho. bnde paling aku ingat masa sem ni kitorg sewa kereta pergi perak yaw! hahaha, sampai la gak ke lumut, snap2 gambar, makan2, usha2 kapel buat maksiat..hahaha

semester 3
haa, sem ni aku da start duk rumah sewa..sem ni gak aku start bawak motor pegi kelas. kalo tak, sebelum ni naek bas uitm je la,haha rindu lak bas tu..ahaks. bila dah duduk luar, campur lak ada motor skali, memang jalan tak ingat dunia la..hahaha. ada je plan gila2, konvoi pegi pulau la, sungai petani la, cari hantu la (time ni mmg seram gler,haha), pegi mengkuang dam la (tak tercapai lagi, hnye lalu jek), haha enjoy beb! ;p

cukup la bercerita, sakit tgn taip,haha ganti dgn gambar lak,lihat2.. ^~^

















yeargh, abes suda pertunjukan. bnyk lagi cerita2, tp biarlah rahsia. haha, solusinya..sepanjang aku kat sini, bnyk jugak kenangan manis, pahit, masin, payau, masam-masam manis pun ada. (eh,bukan ayat mula2 td ke) haha, apa2 pun aku enjoy sepanjang ada kat sini, terutama dpt jumpa kawan2 baru yg bg aku sgt terbaek, yeah! hahaha. ok la, tgn dah kejang, otak da beku, takleh taip lagi. kita jumpa lagi yok! ;p  PEACE!

Wednesday, December 15, 2010

Berhijrah! ;)

Assalamua'laikum!

bole sy masuk?? hahaha.. ari ni aku dpt satu berita yg menggemparkan bumi ni. tak,tipu je. hanye menggemparkan hati dan raga ini..ahaks. aku difahamkan bahawa result fast track atau trek singkat atau shortcut atau apa bnde je yg korg rasa nk panggil dah keluar.. fast track ke mana?? bukan fast track ke neraka eh, haha ini hnye la fast track utk masuk program degree. aku pun dgn gelabah mmbuka link yg telah kawan ak bagi. pastu seperti biasa,aku masukkan nombor pelajar aku..tup tup, 'MAAF ANDA TIDAK BERJAYA, PADAN MUKA, HAHAHA!' what theh...padan muka tu saja aku tambah..haha. nk rasa kecewa pun tak, suka pun tak, i'm feelingless that moment.. maka aku pun mengkabarkan berita ini kpd kawan aku yg setia menunggu. ni dialognye~

aku : der, aku tk dpt la, hahaha
dia : haa,serius? ko tipu la.
aku : iyee, tk dpt la.
dia : bak ic ko aku nk tgk.
aku : ic??

(dialog ada ubah sikit2, tk berapa ingat la..haha) ic?? aku pun pelik, knpe dgn ic..maka aku pun cek balik, rupa2 nya bnde alah tu mintak ic laa. oh tidak, malu beb! memang kesengalan aku terasa sgt membebankan atas bahu ini..haha. tkpe, dgn semborono aku masukkan ic aku..tup tup, 'TAHNIAH, KO DAPAT' alhamdulillah, ramai jugak kengkawan yg dpt. bagus la camni, boleh blajar sesama. mungkin lepas ni stadi akan lebih payah drpd dip punye, tkpe, aku try my best utk blaja. cukup la sem lepas2 aku memain. huhu bak kata abg orang asli time main basketball ari tu "kita dalam apa bnde kita buat kita kne ENJOY, jgn STRESS." akan ku pegang kata2 mu itu..ahaks! ;p






p/s : dalam hidup, mmg akan ada masalah atau halangan yg dtg. jgn takut, just hadapi semua itu dgn semangat kuat. sebagai manusia, kita memang lemah, tp kita ada ISLAM,kita ada IMAN, kita ada ALLAH, kita pegang ni, INSYA'ALLAH, kita jd kuat.. ^~^

Monday, December 13, 2010

so long goodbye

tukar lagu lagi! hahaha,adey,tgh kebuntuan cari idea apa la nk tulis..huhu tkpe2,akan tiba gak saat yg di nanti itu~ enjoy yok!

A time passes by, direction unknown
You've left us now but we're not alone
Before you know it your cups overflown
You measured no one that I've ever known

And it's quite alright

And goodbye for now
Just look up to the stars
And believe who you are
Cause it's quite alright
And so long, goodbye

We always knew that it'd come to this

It's times like these i forget what i miss
Matters of heart are hard to address
Specially when yours is full of emptiness

And it's quite alright

And goodbye for now
Just look up to the stars
And believe who you are
Cause it's quite alright
And so long, goodbye

A time passes by, direction unknown

You've left us now but we're not alone
Before you know it your the cups overflown
You measured no one that I've ever known

And it's quite alright

And goodbye for now
Just look up to the stars
And believe who you are
Cause it's quite alright
And so long, goodbye.
 
p/s : so long goodbye rumah! akan start sem baru tk lama lagi~ 0_0v

Wednesday, December 8, 2010

bangun! bangun!

Assalamualaikum~ ^-^ spe susah bgn subuh,angkat tangan..haha secara tak langsung aku pun angkat gak,hehehe.. ada tips2 utk kita semua senang bgn subuh, ni copy paste je pun, hehe..ok,baca jgn tak baca yok!

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun! (mcm best je cara ni,haha)

haa,tu je setakat ni.. kalo ada cara lain, jgn segan silu melulu nak mengutarakan cadangan anda semua yuk..haha enjoy~

you and me

Hype! disertakan di bawah ini ialah lirik lagu blog aku.. haha,layan je la ye dok.. ^~^v

What day is it? And in what month?
This clock never seemed so alive
I can't keep up and I can't back down
I've been losing so much time

Cause it's you and me and all of the people with nothing to do

Nothing to lose
And it's you and me and all of the people
And I don't know why, I can't keep my eyes off of you

All of the things that I want to say just aren't coming out right

I'm tripping on words
You've got my head spinning
I don't know where to go from here

Cause it's you and me and all of the people with nothing to do

Nothing to prove
And it's you and me and all of the people
And I don't know why, I can't keep my eyes off of you

There's something about you now

I can't quite figure out
Everything she does is beautiful
Everything she does is right

Cause it's you and me and all of the people with nothing to do

Nothing to lose
And it's you and me and all of the people
And I don't know why, I can't keep my eyes off of you
and me and all of the people with nothing to do
Nothing to prove
And it's you and me and all of the people
And I don't know why, I can't keep my eyes off of you

What day is it?

And in what month?
This clock never seemed so alive

Monday, December 6, 2010

musim berubah, manusia?

Hype!

jika diteilitikan, dan jika terperasan kita dapat ungkapkan bahawa dalam kehidupan kita ada musim-musimnya yang menerjah masuk menghiasi dan mewarnai hidup kita semua ..(sgt baku!) musim apa?? haaa~ yg itu kita kne bincang..hahaha. ok seperasan dan seingat aku, masa kecik-kecik dulu ada je permainan yg aku dgn kengkawan aku mainkan..dan seingat aku lagi, benda ni berubah setiap masa..haaa,that's the musim i'm talking about! hahaha.

dulu masa 8 atau 9 tahun tak silap aku yang hangat time tu game beyblade la, tamiya la, gasing la..haha siap buat pertandingan lagi kot antara jiran-jiran aku..menang dapat awek,ahaks bukan la..menang tk dpt apa pun, dpt riak dan takbur, haha kecik2 dulu tak tau hukum riak ni, tak boleh buat apa la. pastu kalau kalah mula la gadoh, tuduh maen tipu la, tak aci la, dey! aci kat india la dey! ;p



time aku 12 tahun bermula musim kad pokemon.. lawan dan lawan, menang dapat kad, kalah pun bagi kad.. tak lama pastu kad yu gi oh lak datang. tapi aku tak maen la, tgk kengkawan je maen, hehehe.. serius aku tak paham maen yu gi oh time tu..hoho. masuk form 2, aku dgn memember kecoh la kumpul  kereta hot wheel, masing2 tak nak kalah, sanggup pegi satu tempat ke satu tempat cari yang lawa..adeish.



tu citer dulu-dulu.. memang bez kalo ingat balek,hahaha.. skrg ni semua dah up..layan moto, kereta, henpon, game online..huhu tp den hnye mampu utk tgk dan lihat je la, tak tercapai akal and bajet nk semua tu..ahaks! yg penting semua happy tak lupa diri ye dok.. esok lusa musim apa lak, adakah musim pegang sini pegang sana, comolot di tepi jalan? ish ish,takmau,mintak dijauhkan..,haha enjoy~ ;p

p/s : awal muharram melangkah tiba,salam maal hijrah ^_^

Saturday, December 4, 2010

you are sweet like candy

manis,manis,manis..! tk lebih tk kurang manis itu.. apa aku carut ni,hahaha. waaa~ ak first time dpt award la! kpd fared, arigato gozaimas,haha. kpd penngundi2 di luar sana, simpan kredit anda,suara saya tak sedap ye. (mmg takda kaitan la cha,haha) erm,walaupun ak kurang arif pebenda maksud award sbnarnye, ku teruskan saja langkah ini.ahaks.. style woo dpt award lolipop,haha lihat-lihat~


tp ada syaratnye lak~

1. menjadi follower
beres!

2. tampalkan award.
suda! guna gam gajah lagi, tk perlu risau tercabut.. ^~^

3. WAJIB mula title entry dengan nama
You Are Sweet Blogger Like Candy.

4. Tag 5 kawan-kawan blogger kamu.
mieraschajellykhainadryuu