Friday, December 17, 2010

lawak solat jumaat

Suatu hari pada waktu solat Jumaat di sebuah masjid yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah. Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dengan pakaian serba hitam. Tidak nampak apa, cuma kelihatan dua biji mata dan membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik, “Sesiapa yang sanggup mati kerana Allah sila berdiri di tempat kamu.”

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 itu tadi hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam.

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata, “Ok Pak Imam, saya dah halau semua yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat.” Lalu kedua orang lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.
 Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? Selain terhibur anda fikirkanlah.

LAWAKKAN, dari 1,000 orang yang mengaku dirinya Islam hanya 40 yangg betul-betul beriman.
LAWAKKAN, berapa banyak manusia yang mudah lupakan Allah apabila menghadapi bahaya. Kedua orang lelaki itu hanya membawa mesin gun, dia tidak kata pun hendak membunuh. Tapi generasi sekarang, amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang, lupa yang dia tidak menunaikan solat Jumaat lagi.
LAWAKKAN, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja, itu pun apabila waktu solat Jumaat. Tunjuk muka pada orang kampung. Ada yang lebih dashyat lagi, setahun 2 kali sahaja apabila waktu solat sunat raya.
LAWAKKAN, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran. LAWAKKAN, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia.
LAWAKKAN, kita boleh bersembang dengan pasangan kekasih kita berjam-jam lamanya tapi hendak berdoa kepada Allah alahai tidak cukup masa dibuatnya. Dan LEBIH LAWAK LAGI, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat hendak berkongsi atau menghantar artikel-artikel yang berunsur agama, LAWAKKAN?



p/s : lebih lawak bila seseorang itu baca dah insaf, tp utk sekejap je..moga jadi pengajaran utk kita semua ye dok.. ^~^

No comments:

Post a Comment