Wednesday, December 29, 2010

wallawey!

assalamualaikum..hype!

hari ni memang terbaik la. sangat hepi bila Malaysia berjaya meruntuhkan EGO (bukan skuter ego ye..hehe) pasukan indonesia yg konon nya nak ulang balik menang 5-1 tk lama dulu. ek eleh~ dey! tgk skrg spe yg gelak besar, spe yg nangis besar?? haa? haaa?! hahaha..

nak dijadikan cerita. sebelum bola start, saya bersama kawan2 saya pergi ke menonton wayang bersama2.. cter apa? kitorg tgk cerita 'GULLIVER'S TRAVEL'. haha, bole tahan seronok la citer ni. santai pun santai..kelakar pun kelakar..mengarut pun mengarut gak. smua ada la,bak kata org all in one gitu~ hehe

dah puas merendek , baru la kami gerak ke destinasi terunggul untuk tgk bola. smpai2 je kedai makan tu (namanya tom yam harry) haaha, mat saleh punya kedai agaknye..ahh, persetan kan semua itu. haha, sambung balik cerita. sampai je, org dah macam sardin dari dalam smpai ke luar kedai. nasib baek mata aku tajam, dpt detect satu meja kosong. ahaks~

kat kedai makan tu dah macam stadium pun ada gak.. ramai yg bwk bendera malaysia kibar2..waah, terasa bangga lak ada org mcm ni..perlawanan da start, referee tiup wisel. kami semua tonton dgn penuh khusyuk dan tawadduk serta penuh pengharapan. skip punya skip, GOOOLLL!!!!! malaysia gool! tempat du dah jd haru biru smua excited gler. haha. akhirnya , malaysia menang jugak walau pun kalah 2-1.uhuhu. tp second gol tu pun just defend malaysia tertanduk gawang sendiri je kot. apa nk dibanggakan haa..haha yg penting malaysia JUARA!!

p/s : pekerja indon semua mogok tknk kerja esok..hhahahaha ^~^

Thursday, December 23, 2010

hahaha 3

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

p/s : jgn memandai dok sorok dlm peti ais, tk pasal2...

hahaha 2

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

hahaha!

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

p/s : asal org bwk motor laju je org ckp mat rempit..tk semua mat rempit tu mat rempit. phm? ;p

jom nyanyi!

mahkota - cinta terlarang

tak pernah ku bayangkan semua ini terjadi
ketika cinta ini ditentang mereka
hancurnya hati ini mengingat semua
cinta yang selama ini aku banggakan

aku harus bersabar
ketika mereka tak mengerti
dengan cinta ini

ternyata kisah cinta tak selalu indah
kini harus kualami kepedihan ini

aku harus bersabar
ketika mereka tak mengerti
dengan cinta ini

maafkanlah diriku
mungkin kita harus mengakhiri
kisah cinta ini

p/s : spe ada ps3, jom maen! ;p

Monday, December 20, 2010

penampar satu!

assalamualaikum...hype!

pernah rasa penampor? penyepak? pelempang? haha, sama je ye dok..bg yg pernah tu, apa benda la korg buat smpai tangan hinggap kat pipi korg tu..haha, post ni bukan pasal keburukan penampar..tp kebaikan penampar,hahaha. penampar pun ada kebaikan ye dok.. luang kan masa terluang anda untuk membaca ye~


Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya. 

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
Pemuda: Pak Imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya’Allah.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan. Pertama, kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
Kedua, apakah yang dinamakan Takdir dan ketiga, kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat. Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa Pak Imam marah kepada saya?
Pak Imam: Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.
Pemuda: Saya amat tidak faham…??
Pak Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih…!!
Pak Imam: Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda : Ya….!
Pak Imam: Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda: Tak boleh Pak Imam…!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak….!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak….!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak Imam : Dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini dibuat?
Pemuda : Kulit dan daging…!!!
Pak Imam: Terbuat dari apakah pipi awak itu…?
Pemuda: Kulit dan daging….!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit dan pedih….!!!?
Pak Imam : Itulah…! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan…. walaupun sama unsur asalnya…!!
Pemuda: Allahuakbar!

ambik ko..pelempang satu di pipi. tu la, laen kali jgn bongkak sgt dgn ilmu yg kita ada..sbb ada ilmu yg  mmg kita tak boleh lawan..suatu hari kita pasti jatuh punye..konfom!  renung2 kan~ ^~^

Friday, December 17, 2010

ish ish ish

selalunya
kita marah bila kawan tegur kita
tapi kita tak sedar
dia tegur sebab dia sayang kita

selalunya
kita buat dek bila kawan bagi nasihat
tapi kita tak sedar
dia nasihat sebab dia taknak kita terpesong

selalunya
kita rimas bila kawan ambil berat
tapi kita tak sedar
dia buat macam tu sebab dia betul-betul ambil tahu pasal kita

selalunya
kita rasa nak tumbuk bila kawan bising sangat
tapi kita tak sedar
dia bising sebab dia taknak kita rasa bosan dengan dia

selalunya
kita bengang bila kawan tipu kita
tapi kita tak sedar
dia pun rasa sangat bersalah bila terpaksa tipu kita

selalunya
bila kita dah hilang kawan macam tu
mulalah kita terkial-kial nak menyesal
kenapalah kita tak sedar dari dulu eh??

p/s : dah dapat pandai2 la menyimpannye,ahaks..peace! ^~^

lawak solat jumaat

Suatu hari pada waktu solat Jumaat di sebuah masjid yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah. Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dengan pakaian serba hitam. Tidak nampak apa, cuma kelihatan dua biji mata dan membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik, “Sesiapa yang sanggup mati kerana Allah sila berdiri di tempat kamu.”

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 itu tadi hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam.

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata, “Ok Pak Imam, saya dah halau semua yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat.” Lalu kedua orang lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.
 Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? Selain terhibur anda fikirkanlah.

LAWAKKAN, dari 1,000 orang yang mengaku dirinya Islam hanya 40 yangg betul-betul beriman.
LAWAKKAN, berapa banyak manusia yang mudah lupakan Allah apabila menghadapi bahaya. Kedua orang lelaki itu hanya membawa mesin gun, dia tidak kata pun hendak membunuh. Tapi generasi sekarang, amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang, lupa yang dia tidak menunaikan solat Jumaat lagi.
LAWAKKAN, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja, itu pun apabila waktu solat Jumaat. Tunjuk muka pada orang kampung. Ada yang lebih dashyat lagi, setahun 2 kali sahaja apabila waktu solat sunat raya.
LAWAKKAN, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran. LAWAKKAN, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia.
LAWAKKAN, kita boleh bersembang dengan pasangan kekasih kita berjam-jam lamanya tapi hendak berdoa kepada Allah alahai tidak cukup masa dibuatnya. Dan LEBIH LAWAK LAGI, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat hendak berkongsi atau menghantar artikel-artikel yang berunsur agama, LAWAKKAN?



p/s : lebih lawak bila seseorang itu baca dah insaf, tp utk sekejap je..moga jadi pengajaran utk kita semua ye dok.. ^~^

Thursday, December 16, 2010

i will never forget, i will never regret

Assalamua'laikum..hype!

hari ni kita emosi sikit,haa knpe? sbb apa yg diceritakan ni semua pasal life ak selama setahun setengah yakni selama 3 semester aku kat uitm penang. huhu, sempena ke-blah-an aku dari uitm penang ni, bnyk jugak kenangan manis, pahit, masin, payau, masam-masam manis pun ada. hahaha.

semester 1
time ni aku baru masuk mendaftar pada 27 jun 2009. esoknye bezday aku,hahaha.. pandai betul uitm pilih tarikh ni. no bilik keramat aku masa ni ialah A2.12, yeargh, bilik yg strategik, seblah tandas jek..kalo ada emergency cepat sampai sikit,hahahaa..masa ni aku seroomate dengan yap dan nazri dgn sorg brader ni. nama dia nazri jugak kot. tp macam biskut, kejap ada pastu lama menghilang. haish~  utk kelas lak, aku masuk ED1J2, mula-mula memang kekokiok sikit, aku bnyk ambil pendekatan berdiam diri sehingga digelar loner,ahaks! hahaha..dah lama sikit baru la rasa selesa, dah boleh borak2, kutuk2, carut2..hahaha.

semester 2
masuk sem ni, ramai kawan2 aku dah duduk rumah sewa.. aku lak masih tggal kolej, time ni memang agak bosan la, sbb tk dpt hangout dgn kengkawan..boleh bikin stress beb! haha. tp aku bnyk kali gak la lepak umah sewa kawan aku. at least dpt hilang kan boring ye dok..hoho. bnde paling aku ingat masa sem ni kitorg sewa kereta pergi perak yaw! hahaha, sampai la gak ke lumut, snap2 gambar, makan2, usha2 kapel buat maksiat..hahaha

semester 3
haa, sem ni aku da start duk rumah sewa..sem ni gak aku start bawak motor pegi kelas. kalo tak, sebelum ni naek bas uitm je la,haha rindu lak bas tu..ahaks. bila dah duduk luar, campur lak ada motor skali, memang jalan tak ingat dunia la..hahaha. ada je plan gila2, konvoi pegi pulau la, sungai petani la, cari hantu la (time ni mmg seram gler,haha), pegi mengkuang dam la (tak tercapai lagi, hnye lalu jek), haha enjoy beb! ;p

cukup la bercerita, sakit tgn taip,haha ganti dgn gambar lak,lihat2.. ^~^

















yeargh, abes suda pertunjukan. bnyk lagi cerita2, tp biarlah rahsia. haha, solusinya..sepanjang aku kat sini, bnyk jugak kenangan manis, pahit, masin, payau, masam-masam manis pun ada. (eh,bukan ayat mula2 td ke) haha, apa2 pun aku enjoy sepanjang ada kat sini, terutama dpt jumpa kawan2 baru yg bg aku sgt terbaek, yeah! hahaha. ok la, tgn dah kejang, otak da beku, takleh taip lagi. kita jumpa lagi yok! ;p  PEACE!

Wednesday, December 15, 2010

Berhijrah! ;)

Assalamua'laikum!

bole sy masuk?? hahaha.. ari ni aku dpt satu berita yg menggemparkan bumi ni. tak,tipu je. hanye menggemparkan hati dan raga ini..ahaks. aku difahamkan bahawa result fast track atau trek singkat atau shortcut atau apa bnde je yg korg rasa nk panggil dah keluar.. fast track ke mana?? bukan fast track ke neraka eh, haha ini hnye la fast track utk masuk program degree. aku pun dgn gelabah mmbuka link yg telah kawan ak bagi. pastu seperti biasa,aku masukkan nombor pelajar aku..tup tup, 'MAAF ANDA TIDAK BERJAYA, PADAN MUKA, HAHAHA!' what theh...padan muka tu saja aku tambah..haha. nk rasa kecewa pun tak, suka pun tak, i'm feelingless that moment.. maka aku pun mengkabarkan berita ini kpd kawan aku yg setia menunggu. ni dialognye~

aku : der, aku tk dpt la, hahaha
dia : haa,serius? ko tipu la.
aku : iyee, tk dpt la.
dia : bak ic ko aku nk tgk.
aku : ic??

(dialog ada ubah sikit2, tk berapa ingat la..haha) ic?? aku pun pelik, knpe dgn ic..maka aku pun cek balik, rupa2 nya bnde alah tu mintak ic laa. oh tidak, malu beb! memang kesengalan aku terasa sgt membebankan atas bahu ini..haha. tkpe, dgn semborono aku masukkan ic aku..tup tup, 'TAHNIAH, KO DAPAT' alhamdulillah, ramai jugak kengkawan yg dpt. bagus la camni, boleh blajar sesama. mungkin lepas ni stadi akan lebih payah drpd dip punye, tkpe, aku try my best utk blaja. cukup la sem lepas2 aku memain. huhu bak kata abg orang asli time main basketball ari tu "kita dalam apa bnde kita buat kita kne ENJOY, jgn STRESS." akan ku pegang kata2 mu itu..ahaks! ;p






p/s : dalam hidup, mmg akan ada masalah atau halangan yg dtg. jgn takut, just hadapi semua itu dgn semangat kuat. sebagai manusia, kita memang lemah, tp kita ada ISLAM,kita ada IMAN, kita ada ALLAH, kita pegang ni, INSYA'ALLAH, kita jd kuat.. ^~^

Monday, December 13, 2010

so long goodbye

tukar lagu lagi! hahaha,adey,tgh kebuntuan cari idea apa la nk tulis..huhu tkpe2,akan tiba gak saat yg di nanti itu~ enjoy yok!

A time passes by, direction unknown
You've left us now but we're not alone
Before you know it your cups overflown
You measured no one that I've ever known

And it's quite alright

And goodbye for now
Just look up to the stars
And believe who you are
Cause it's quite alright
And so long, goodbye

We always knew that it'd come to this

It's times like these i forget what i miss
Matters of heart are hard to address
Specially when yours is full of emptiness

And it's quite alright

And goodbye for now
Just look up to the stars
And believe who you are
Cause it's quite alright
And so long, goodbye

A time passes by, direction unknown

You've left us now but we're not alone
Before you know it your the cups overflown
You measured no one that I've ever known

And it's quite alright

And goodbye for now
Just look up to the stars
And believe who you are
Cause it's quite alright
And so long, goodbye.
 
p/s : so long goodbye rumah! akan start sem baru tk lama lagi~ 0_0v

Wednesday, December 8, 2010

bangun! bangun!

Assalamualaikum~ ^-^ spe susah bgn subuh,angkat tangan..haha secara tak langsung aku pun angkat gak,hehehe.. ada tips2 utk kita semua senang bgn subuh, ni copy paste je pun, hehe..ok,baca jgn tak baca yok!

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun! (mcm best je cara ni,haha)

haa,tu je setakat ni.. kalo ada cara lain, jgn segan silu melulu nak mengutarakan cadangan anda semua yuk..haha enjoy~

you and me

Hype! disertakan di bawah ini ialah lirik lagu blog aku.. haha,layan je la ye dok.. ^~^v

What day is it? And in what month?
This clock never seemed so alive
I can't keep up and I can't back down
I've been losing so much time

Cause it's you and me and all of the people with nothing to do

Nothing to lose
And it's you and me and all of the people
And I don't know why, I can't keep my eyes off of you

All of the things that I want to say just aren't coming out right

I'm tripping on words
You've got my head spinning
I don't know where to go from here

Cause it's you and me and all of the people with nothing to do

Nothing to prove
And it's you and me and all of the people
And I don't know why, I can't keep my eyes off of you

There's something about you now

I can't quite figure out
Everything she does is beautiful
Everything she does is right

Cause it's you and me and all of the people with nothing to do

Nothing to lose
And it's you and me and all of the people
And I don't know why, I can't keep my eyes off of you
and me and all of the people with nothing to do
Nothing to prove
And it's you and me and all of the people
And I don't know why, I can't keep my eyes off of you

What day is it?

And in what month?
This clock never seemed so alive

Monday, December 6, 2010

musim berubah, manusia?

Hype!

jika diteilitikan, dan jika terperasan kita dapat ungkapkan bahawa dalam kehidupan kita ada musim-musimnya yang menerjah masuk menghiasi dan mewarnai hidup kita semua ..(sgt baku!) musim apa?? haaa~ yg itu kita kne bincang..hahaha. ok seperasan dan seingat aku, masa kecik-kecik dulu ada je permainan yg aku dgn kengkawan aku mainkan..dan seingat aku lagi, benda ni berubah setiap masa..haaa,that's the musim i'm talking about! hahaha.

dulu masa 8 atau 9 tahun tak silap aku yang hangat time tu game beyblade la, tamiya la, gasing la..haha siap buat pertandingan lagi kot antara jiran-jiran aku..menang dapat awek,ahaks bukan la..menang tk dpt apa pun, dpt riak dan takbur, haha kecik2 dulu tak tau hukum riak ni, tak boleh buat apa la. pastu kalau kalah mula la gadoh, tuduh maen tipu la, tak aci la, dey! aci kat india la dey! ;p



time aku 12 tahun bermula musim kad pokemon.. lawan dan lawan, menang dapat kad, kalah pun bagi kad.. tak lama pastu kad yu gi oh lak datang. tapi aku tak maen la, tgk kengkawan je maen, hehehe.. serius aku tak paham maen yu gi oh time tu..hoho. masuk form 2, aku dgn memember kecoh la kumpul  kereta hot wheel, masing2 tak nak kalah, sanggup pegi satu tempat ke satu tempat cari yang lawa..adeish.



tu citer dulu-dulu.. memang bez kalo ingat balek,hahaha.. skrg ni semua dah up..layan moto, kereta, henpon, game online..huhu tp den hnye mampu utk tgk dan lihat je la, tak tercapai akal and bajet nk semua tu..ahaks! yg penting semua happy tak lupa diri ye dok.. esok lusa musim apa lak, adakah musim pegang sini pegang sana, comolot di tepi jalan? ish ish,takmau,mintak dijauhkan..,haha enjoy~ ;p

p/s : awal muharram melangkah tiba,salam maal hijrah ^_^

Saturday, December 4, 2010

you are sweet like candy

manis,manis,manis..! tk lebih tk kurang manis itu.. apa aku carut ni,hahaha. waaa~ ak first time dpt award la! kpd fared, arigato gozaimas,haha. kpd penngundi2 di luar sana, simpan kredit anda,suara saya tak sedap ye. (mmg takda kaitan la cha,haha) erm,walaupun ak kurang arif pebenda maksud award sbnarnye, ku teruskan saja langkah ini.ahaks.. style woo dpt award lolipop,haha lihat-lihat~


tp ada syaratnye lak~

1. menjadi follower
beres!

2. tampalkan award.
suda! guna gam gajah lagi, tk perlu risau tercabut.. ^~^

3. WAJIB mula title entry dengan nama
You Are Sweet Blogger Like Candy.

4. Tag 5 kawan-kawan blogger kamu.
mieraschajellykhainadryuu

Tuesday, November 30, 2010

Bola Bakul

Hype!

bola bakul?? what de..ooh,basketball..haha..takda keje,ni la jadinye. cuti dok menghitamkan kulit jek..aku maen bukannye terer tahap gaban pun, yg ak tau shoot, masuk, gumbira..tak masuk, org laen gumbira,hoho. bole dikatakan smue hampir menjadi nigger-nigger..haish,takmo2..huuhu. ~_~
tiada seuntai kata untuk dirasa ,tiada nukilan bisik hati, hanye foto2 untuk ditonton.. tgk je la~ ^-^


bola yg berkhidmat bersama aku hmpir setahun lebih,wahhaha






haha,tu je..ni smue stok baru abes maen, mmg semuanya bau haprak,hahha joking2. oh ye,aku nmpk pelik pakai seluar oren baju itam..hahahaha~

Monday, November 29, 2010

Rekod Baru!

Hype!

hari ni je ak da tdo 13 jam..yes! no lie lie,hips don't lie,shakira shakira.. hoho masuk lagu lak..ini kisah benar lg nyata..13 jam tu. apa nk jadi ak tk tau la.. haha. ok la,ak cter eh. pada hari sebelumnye yakni 29 november, ak bgn awal..yes! bgn awal,tk tipu..haha ak pun susah nk caya kot. ok,pastu lepak pnye lepak pnye lepak cmpur bosan yg amat. aku pun bukak laptop tgk muvee.. cter apa? haish! bukan cter satu kaler ok,tk baek pikir bukan2..aku baik kot..kengkadang je bukak.huahuahuahua.. ish ish ish.

nk tau cter apa? alaa,cter dak botak ada tatoo arrow tu. haa, THE LAST AIRBENDER.. komen aku pasal cter ni, sy TAK PAHAM..huhu. tk tau la,maybe otak ak susah nk pick up dgn cter ni atau cerita ni yg buat otak ak jd LAMPI. haha lampi,lme tk dgr ayat nih..rindu kot..back to the topic! solusinya? ak telah mmbazir 1 jam 43 minit dlm idup ak tgk cter yg ak tk phm..kpd sesapa yg minat cter ni jgn marah ek?? hehehe ^-^v

setelah puas frust menonggeng dan mak ak pun agaknye lg frust tgk aku frust menonggeng ni (bnyknye frust)..dgn selamber beliau berkata ''poie la tolong bapak ko niaga kat dpn tu,asyik dok umah buat semak je..''. huhu,ku akui ku sgt, sgt menginginkan mu~ oh silap,lagu lagi..ku akui ku agak malas ketika di umah,hehehe,kata pun cuti kan..ak pun dgn semangat memburu impian pun bergerak ke gerai hasil kongsi bapaku dan jiran bapaku..(jiran aku la gak kan..haha)

lebih kurg pukul 2 ptg aku pulang ke pangkuan rumah,smpai je terus bedal nasi goreng 2 pinggan..haha,lapa kot..ish ish ish. habes je,ak lepak pnye lepak pnye lepak tk dilupakan solat zuhur ye~ haha. sambung balek,lepak pnye lepak pnye lepak....tupp! mata ak tertutup..jeng jeng jeng..tapp! mata aku terbuka semula, tgk jam...laaa,baru pukul 4,tido sejam je..tgk luar..gelap. aku pelik campur mamai..rupa2 nya aku bgn kul 4 pagi!! wah,ini satu rekod! nk kata bangga tak gak,cam hampeh pun ada. terpaksala qada' solat yg tertinggal,huhu..

ak pn terus ke dapu cari apa tg ada untuk dimamam. tgk2 ada lg nasi goreng,rezeki..amin~ haha. alih2 tu bukak tv je,ada match barcelona lawan real madrid..waa,ini match hangat ni. harap2 barcelona menang la. setelah berhempas pulas menjadi penonton kpd match ni akhirnye barcelona menang! 5-0 kot! real madrid kne blasah dgn barcelona,wauu~ hebat siot. puas gak aku tgk muka jose mourinho merah padam menahan malunya..hahaha

ok laa,mau mandi dan solat subuh. sebentar lagi giliran aku lak utk berjuang di court basketball..walaupun kaki ku injured,tp semangat bola basketball amat tggi meresapi dlm tubuhku..huhuhu karut2..haha enjoy~ peace! ~_~v

Sunday, November 28, 2010

Interview!

Hype!
arigato gozaimas kpd fared sbb sudi tag nme aku..bila diusha-usha,aku tgk ada soklan-soklan yg harus dijawab..hahaa. agak ambik mse yg lama aku pikir jawapan dia. mentang2 da cuti sem,otak pun cuti sama skali..hok hok hok. tnpe melengahkan waktu lg,,taadaaa~


1.Apa benda paling penting dalam hidup korang ?
sememangnye agama dan keluarga aku. pastu kengkawan. pastu miaw2 (kucing!) hahaha.
  
2.Benda terakhir korang beli guna duit sendiri ?
haa,earphone sony ericsson.


3.Dimana tempat korang nak melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti ?
mana pun bole,masjid ke,dewan ke,paling koman umah la...tema lak,rock n roll..boleh ke? haha kidding2,maseh belum terlintas lg.tggu je la~


4.Adakah korang sedang bercinta sekarang ?
sekonfirmnya TIDAK.


5.Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang ?
selama mana yg diizinkan Allah selama tu aku akan cinta dia..arghh,jiwang2. (@_@)


6.Dimana korang selalu jumpa kekasih korang ?
aaa,tk pernah jmpe kot..sesat memanjang.

7.novel/buku/majalah terakhir korang beli ?
buku teks ELE232,hilang suda~

8.Apakah nama penuh korang ?
Din Ariff Bin Djaliludin..motif?


9.Antara mak dengan ayah korang, yang mana korang lagi mesra ?
seofkosnya mak saya..haha


10.Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup ?
kalo diizinkan la eh,Rasulullah S.A.W.. sekejap mne pun aku sggup.huhu

11.Adakah korang basuh baju sendiri ?
mesin basuh ada jgn dipersiakan..lalala ~_~


12.Di mana tempat yang korang betul2 nak pergi ?
buat masa ni,wonderland! bertempat di melaka..sygnye,duit tkde,hahaha


13.Pilih salah satu , peluk atau cium ?
uish uish,apa ni,haha. dilema2..huahuahuaua


14.Beritahu 3 perkara tentang orang yang tag korang ?
satu,selamber. dua,racer dan tiga,kelaker


15. 5 benda korang sayang sangat dalam hidup korang ?
laptop, motor, henpon, dompet dan basketball (ni benda ke? haha).


16. 5 lagu korang suka dan selalu dengar ?
scars, episod cinta, when i'm with you, i don't love you, damai yang hilang.


 17.Bila tarikh lahir korang dan korang sambut besday kat mana tahun lepas ?
28 jun 1991, tkda sambut2 pun. hahaha.


18. 7 orang blogger korang nak tag ?
mierascha, nadrah, mirah, khai, jelly, ryuu, dan eyba

19.Cerita sikit pasal blogger pertama korang tag ?                
budak yg agak hmpeh perangainye..tp lagu blog dia best. hahahha peace! 

fuuh,abes suda soklan cepumas ayamas. hahhaha. enjoy~

 

Friday, November 26, 2010

Bahana Paku


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.



Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Wednesday, November 24, 2010

Cari Kerja Kerja Kerja!

Hype!

merujuk tajuk di atas ni..yup! aku dlm proses utk memikirkan cari keje. haha baru dlm proses,belum cari lagi. haha tkleh harap btol. ~_~. 

hmm~ drpd tkde keje dok buang karen kat umah ni. aku ingt nk cari keje,cari duit,cari rezeki yg halal,bukan cari masalah.bukan cari jodoh. auu~whahaha

ari tu mmber aku ada rekemen kan tmpt keje  kat Secret Recipe. keje situ 1 jam rm4..kul 10 pagi smpai kul 11 mlm. dgr mcm dasyat je. haha. 

entah la, nk try ke tak? tknak try ke nak? fening2~ @_@ 

Tuesday, November 23, 2010

Zaman Lampaaau~

Hype! Kat sini aku letak gambo2 time aku kecil kecil molek..hahaha molek ke? korg nilai la sendiri. enjoy~ (n_n)


















ehh?? sesat lak gambar ni..hehehe tkpe2. tgk je la. haha,zaman skola kot. bez gler tuh. ;p
ok. dah tu je..? haha sikit2 ok la tu. lama lama jadi bukit. hoho tkde kaitan..
orait~ jmpe lg di next post. bila..? tunggu~ ^-^v

Saturday, November 13, 2010

Cuti Semester!

Hype!
Oooyeah,cuti sem da mula suda. girang riang rsenye.haha. tp,dok2 pikir nk buat apa cuti ni haa. tkkan nk lepak umah jd anak bujang mithali gitu..auu~ haahaha. kalu diimbaskan kembali, cuti sem lpas2 ada je aku kuar ntah ke mana. kejap ke kl la,pd la..akan tetapi! cuti kali ni,agak terbatas pergerakan gara2 pitih tarak. sedey3~ T_T  pitih?? tk phm? pitih tu dalam bahaso n9 makno eh wang yo. not beruang~ hoho. hmm,oleh sbb begitu,sy mengambil keputusan untuk tidak berpoya-poya lebey2 ini kali. sikit2 tkpe. hahahaha,ok la tu, bak pepatah manusia, berubah biar pelan2,jgn maen telan. kah kah kah abes patah riuk pepatah ni aku kejekan. maklumlah,dah 2 tahun tggalkan subject bahasa melayu. tatabahasa,tatasusila,tatacara smue da tata~ walaupun begitu! daku masih cintakan bahasa ibunda kita,ahaks! ^~^v  so cuti ni,aku berikhtiar untuk bersukan dan bersenam serta bermamam sekerap mungkin..hahaha.

apa la agak kabar moto ku di penang sana ye? harap2 kamu jagalah semput mu itu ye,hahaha akan ku cbe utk ubati dikau sem dpn. jgn gusar, jgn risau, jgn khuatir, jgn..jgn..jgn buat hal suda,haha. itu la kes moto ak,bole lak kuar asap n semput. adoyai~ hahaha,nk konvoi pn payah. abes kne tggal,ngehehe. tp tk mengapa, akan ku cuba pau plus merayu ayah ak utk menyumbang dana utk repair moto tu. nnti da abes repair tkyah pening2, tkyah semput2, dont worry be happy. haha tiada kaitan kot.^-^

okeyh,nukilan ku berhnti stakat ni. untuk kawan2,sahabat2,rakan2 ku, selamat cuti dan ada jodoh,ada peluang,ada...ada ada je la,kita jmpe lg sem dpn yok. taking care semua! ^~^v

Wednesday, October 20, 2010

Cawan Dengan Kolam

Hype! td aku terbaca satu kisah..sikit sebanyak kne gak kat aku ni..hahaha tu la..bila kita asyik resah gelisah tk kesah je, mula la buat ni tk kena, buat tu tk kne..konklusi? jgn buat pape..huahauahua..rpe2 nye penyakit '..sah3' ni dtg dri hati dan jiwa kita gak..huhu..so,sila baca,jgn segan silu melulu ek..enjoy~ ^^

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.
 

Tuesday, October 19, 2010

Gelombang Final Exam!!!

Hype! ^^v
Lama tk sggah sini,hahha..hmm,sikit masa lg final exam akan tiba...huh,sgguh cuak ku rasa..rse2 nye mmpu ke aku lpas dgn lulus nye..hahaha..nk lpas dgn cemerlang tk dpt la an..bljar pun kurg,jgn harap la dpt result with flying colours.. hehehe.. aku risau 3 paper ni..mat235,ele232, dgn eee231..aarh,tension bila pikir,test da la fail je..aduii..tkpe la,cuba sabaek mungkin..harap2 boleh buat..aku doa kan kwn2 aku pun dpt buat dgn segempak mungkin..amin..

OK! next topic..haha,ari tu Haikal Shafie mmperkenalkan aku kpd grup FABER DRIVE..lgu diorg bez2 woo..ni aku ltk lirik lagu yg antara top fav aku..tajuk dia Tounge Tied.. bez sgt!

Bright cold silver moon
Tonight alone in my room
You were here just yesterday
Slight turn of the head
Eyes down when you said
I guess I need my life to change
Seems like something's just aren't the same
What could I say?

I need a little more luck than a little bit
Cuz every time I get stuck the words won't fit
And every time that I try I get tongue tied
I'll need a little good luck to get me by

I need a little more help than a little bit
Like the perfect one word no one's heard yet
Cuz every time that I try I get tongue tied
I need a little good luck to get me by this time

I stare up at the stars
I wonder just where you are
You feel a million miles away
(I wonder just where you are)
Was it something I said?
Or something I never did?
Or was I always in the way?
Could someone tell me what to say to just make you stay?

I need a little more luck than a little bit
Cuz every time I get stuck the words won't fit
And every time that I try I get tongue tied
I need a little good luck to get me by

I need a little more help than a little bit
Like the perfect one word no one's heard yet
Cuz every time that I try I get tongue tied
I need a little good luck to get me by this time

I know it feels like the end
Don't want to be here again
And we could help each other off the ground so we never fall down again
What it takes I don't care
We're gonna make it I swear
And we could help each other off the ground so we never fall down again
Again

I need a little more luck than a little bit
Cuz every time I get stuck the words won't fit
But every time that I try I get tongue tied
I need a little good luck to get me by

I need a little more help than a little bit
Like the perfect one word no one's heard yet
Cuz every time that I try I get tongue tied
I need a little good luck to get me by this time

I know it feels like the end
Don't want to be here again
And we could help each other off the ground so we never fall down again
What it takes I don't care
We're gonna make it I swear
And we could help each other off the ground so we never fall down again


 


                                     1 M A LA Y S I A !

Monday, August 9, 2010

Kawan Selamanya (^__^)


 KAWAN..
Bila rasa ingin menangis.. hubungilah aku.. bukan aku nak suruh kau berhenti menangis... tapi mungkin aku boleh menangis dengan kau... tapi tak leh ramai sangat.. nanti habih air mata aku...

Kawan...
Jika terasa tiba2 nak melarikan diri... jauh dari masalah... hubungilah aku... aku takkan suruh kau berhenti.. tapi.. mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai... tapi jangan laju sangat, aku lari tak larat.. aku nak kejar.. kaki aku pendek...

Kawan..
Jika kau kecewa keluargamu tak bahagia.. beritahulah aku.. aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau.. tapi..terimalah segala ketentuan Allah...

Kawan..
Jika kau kecewa dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti... ceritalah pada aku.. aku takkan sebut nama lelaki/wanita itu... tetapi.. cubalah jadi wanita/lelaki yang lebih soleh & solehah...

Tetapi kawan..
Jika suatu hari aku berdiam diri.. aku tidak membalas message kau.. aku tidak angkat panggilan dari kau... hubungilah aku segera... sebab waktu itu aku.. ermmm.. aku amat perlukan kau...

Atau aku sudah tiada lagi di dunia ini..

Sunday, August 8, 2010

Sharing Is Caring

Pekabo?! Haha..Aku maseh baru lg dlm buat benda alah ni...so, bnyk bnde yg aku tk phm ni..ngehehe. Jadi,kepada sesiapa yg sudi berkongsi tips2 nk jd insan yg berjaya dalam blogger,meh meh. Anda dialu-alukan utk mengajar saya. Sharing is caring kan..kan. Hahaha jom,jom,jom! (^__^)